Wednesday, July 24, 2013

Thesis

Pehh. Blogger kut henpon baru beli 3bulan lepas beb. Riak riak jugak, bulan pose ni. Jemm skali lg p mampuih laa. Dah laa thesis tak siap. Haha. Thesis tak siap lagi. Haaa !! Bukan tak siap langsung. Tak buat buku ijau lagi. Orang len dah hepi hepi cari keje, interview siap. Aku ? Masih di kampung ready nak balik UMP balik nak g buat buku ijau yang da berkurun diorg buat. Bye. Long journey esok. Balik UMP sambil dating.

Friday, December 21, 2012

Alien

ALIEN

Alien mendefinisikan sesuatu yang hidupan bermakhluk asing. anda tidak percaya? rujuk kamus alHalifi. Halifi baru sahaja bermesej mesej dengan alien sebentar tadi. huahuahua. wait the menet. the nouns should be 'aku' not Halifi. geli laa gilerr.

Habaq mai aku mane hang jumpe alien? 

Tanye membe ku yang juga merangkap rumet kepada aku yang baru sahaje nampak orang tengah gaduh gaduh nga pak gard sebentar tadi.  ntah kenapa aku tak tahu. sambil sambil aku melintas aku cube mendengar suare suare mereka yang tidak seberapa kedengaran itu dan aku bengang sebab tak dengar langsung sebab diorang diam bile aku melintas. FUUUU. lalu aku meneruskan perjalanan ku ke bilik. mungkin diorang tengah sembang pasal mee hoon goreng kat kedai nasi koboi banyak sangat sayur kot. dala harge rm4. getus hati ku kekeliruan. naseb pak gard tak tahan pasai tak bawak kunci haremm.peewwww.

Habaq mai aku mane hang jumpe alien? 

Tanye lagi membe kepada aku yang tengah pening pening kepale bahana tak tido malam selama beberapa minggu ini. sambil sambil pening, aku terus mengadap laptop usha facebook. dengan pening pening nye aku mengupload gambar mesej dari alien tu kate nak datang beraye di rumah aku. tapi aku tak tau macam mane nak reply mesej die tu pasai aku tengok die tak pakai celcom. mahal bazir kredit. hajat ku nak mengatakan "sori saye tak sambut krismas". tu je. kan salah datang plak. da laa kat rumah hanya ade sebatang pokok nyiur kontot terpacak di tepi halaman rumah. bukan pokok krismas. dengan otak yang cepat pikup nye, aku berfikir. mungkin diorang takkan jumpe rumah aku sebab takde pokok krismas. so, takyah balas laa mesej alien.

Woi! Habaq mai laa kat aku mane hang jumpe alien?! 

jerkah rumet ku dengan sleng buat buat Kedah nya sambil nyenyak tido. 

TIDO?!

Demm. amende nih?!
Owhh. tengah tido rupenye. ngigau. haha. dan aku pon patot tido sebab malam sudah lewat dan pagi bakal menjelma. ku harus bersedia untuk ketemu sama Prof pagi esok. ntah ape laa yang bakal menimpa kali ni. huwwaaaa!

WOI MANE ALIEN?

Aku da cakap. aku tak jumpe. die mesej je. aku malas nak balas. takde kredit. -_-"
nah kasik prinstskrin je sudah.

klik untuk gambar lagi besar bapok

Aku tak tau macam mane otak aku boleh interpret data tu sume dan jadi kan nya sebagai satu ayat yang berkata "Pi, raye mane? aku nok gi jalang dumoh mu raye ekgi eh."
Ligat otak aku pikir pikup tahap gaban aku pon tersedar dari lamunan. rupe rupe nye khayalan menjelma bagai kan Cat Ruffudge tengah rap atas pentas. penangan dek last minit punye usehe pagi esok nak kene tunjuk progress kat Prof.

Dem. da kene tipu upe upe nye. mistik gile blog Halifi malam ni. macam haremmm.







Tuesday, December 18, 2012

Presentation

Lipi! Gi kelas nung! malah sokmo mung ork!

Ye! Ye! Ye!

Aku tau laa. ade kelas skarang ni. so, aku tanak pergi. ade masalah? tolong laa sign attendant. kate membe. kih kih kih. bukan saje saje takboh gi. tapi gitu ahh. banyok gile kije. 

Esok nok present Final Year Project. 
kalu kandas. habis laa. lambat laa nok buleh ke nikoh nye.
Bye. nok sambung buat slide.


Friday, December 14, 2012

Programming

Sering kali kite mendengar dalam cerita cerita yang konpem ade robot, program program program dan program. contoh TRON: LEGACY. pasai paaa TRON? sebab aku minat gile cite ni. sebab die SE TA IL! dengan gambar 3D nye. puiii. first time aku tengok cite ni kat wayang beb wa cakap luu. tapi tak 3D sebab tak kaye. tak macam Istanbul Aku Datang. takde 3D. tak bes. muahaha. sudah sudah. sambung balik, tapi tau ke kite ape program program ni?

Kau ingat sekolah je ke ade program untuk kanak kanak? program 1Malaysia? program Janji Ditepati? Bukan. bukan dan bukan. program tu ape nye. tapi betul lah tu program. sebab nak membentuk something yang nak dibentuk. lebih tepat lagi. menerapkan. baru betul. haha. dah pening da.

Program ni betul laa tujuan die nak menerapkan. sebab tu laa program program yang di nyatakan di atas name nye program. sokong tak sokong atas diri masing. aku memang berkecuali. haha. balik cite asal kite. Programming ni memang betul laa kite pakai nak membentuk dan menerapkan unsur unsur yang kite nak pada sesuatu. tapi lebih khusus dalam bidang elektronik, komputer dan automasi (dalam BI automation).

Macam bende yang aku tengah  nak buat sekarang ni. projek final year aku nih, nak kasik program sama itu cip (PIC Microcontroller) biar die reti main saxophone tanpa orang kawal. hasil yang dijangka adalah kite tengok saxophone tu main dengan sendirinye dan ini tkde kaitan dengan perkara mistik oke. ini cumalah teknologi yang terus menerus maju mengikuti arus pembangunan manusia sejagat.

Bak kate senang nak kate, programming ni kau susun laaa ape nak itu ini ikut kehendak masing masing. bende tu kau susun, bende tu laa die buat. hah. kesimpulannye, betul laa orang orang kite pakai perkataan  program program tu sebab nak membentuk. tu je.

Bukan ape aku tulis pasal programming ni pada pukul kire kire 5:00 pagi ni. da sebab aku tengah perah otak nak buat menatang programming ni. jilaka jugak laaa nak melayan bende bende ni. aku malas nak ulas pasal kekalahan Harimau kepada Gajah Putih tadi tuh. yang lepas biar laa lepas dan sekarang aku masih menyarung jersi Malaysia tanpa segan silu nye. bangga!

Dan disebabkan sudah kedengaran suara lembu mengembu di bawah, aku dah rase sekarang da hampir nak subuh kot. aku nak blah. dan jangan pelik bukan bunyi ayam berkokok sebab UMP aku ni memang kaye dengan lembu, ayam kalau nak jumpe ade jual kat kafe yang dah siap masak. haha. bye!

Kau tengok bende ni bole jumpe dalam cite Matrix je.
tapi aku, hidup aku dah dihantui dengan nombor 1 0 nih haaa.
kalau kau tengok nombor tu gerak gerak. makne nye sah dah gile. haha.  



Thursday, December 13, 2012

Yahoo! Mail


Yahoo! Mail da tuka rupe. celaa molek. sakit mate tengok. naseb baek dop sakit hati.
adop kije buat. lepak dulu. bye 


Literature Review

Haih. ape macam mau bikin sama ini li te ra tu re re bi ew. talak tau apa mau tulis maa. getus kata hati ku pelat sleng cine cket. sampai demam aku pikir tak siap jugak.nasib baek lisa tak demam dicurangi tomok. hihi.

Dan sekarang aku tak tau ape nak ditaip sebab otak aku bukan jenis suke buat karangan, nak nak time otak ni tengah sangkut dengan bebanan yang mana tuhan saja yang tahu ape yan ade dalam otak,jiwa dan raguku ini. oh PSM, pliz be nice to me because i love u more than anything..

Dan sudah sudah la menaip kerana hari sudah subuh. ini pagi ade race dan quiz. udah lama diri ku tidak bertandang di kelas. percaya atau tidak, minggu ni baru satu kelas guwe pergi. humph! 

LIKE A BOSS.

                       
Skrin dah due, satu keje pon tak jalan.

Wednesday, December 12, 2012

Understand




Paham tak? Prof kate buat block diagram bia orang bute pon bole pham. 
yang ni tak tau laaa. kene lempo je kot kalau kasik kat die.